Anugerah Buku Malaysia merupakan pengiktirafan yang diberikan terhadap karya terbitan Malaysia pelbagai kategori yang memperlihatkan mutu, karya dan penerbitan yang tinggi.
Penilaian dan pemilihan karya dibuat secara langsung oleh syarikat penerbitan yang berdaftar dengan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA). MABOPA merupakan persatuan yang ditubuhkan pada 14 Januari 1969 dengan lebih kurang 160 penerbit yang berdaftar dan diterima sebagai entiti yang penting dalam industri penerbitan di Malaysia.
Jawatankuasa Eksekutif MABOPA bersetuju untuk melantik Xentral Methods Sdn. Bhd. sebagai pengendali portal digital Anugerah Buku Malaysia bagi tempoh 5 tahun bermula 1 April 2020.
XENTRAL METHODS SDN. BHD.
Setiap judul buku yang dimuat naik untuk penilaian bagi Anugerah Buku Malaysia layak mendapat kebenaran untuk menggunakan logo Anugerah Buku Malaysia untuk tujuan pemasaran buku.