KATEGORI ANUGERAH

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre sastera seperti novel, koleksi cerita-cerita pendek dan puisi.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre bukan fiksyen seperti isu semasa, motivasi, agama, sejarah, politik, sains, sukan, travelog, biografi, autobiografi dan kesenian.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre kanak-kanak seperti buku bergambar atau buku bukan bergambar yang sesuai untuk pembaca di peringkat umur 2 hingga 8 tahun. Isi kandungan buku perlu menggalakkan minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre remaja seperti novel, buku bukan fiksyen, himpunan cerita-cerita pendek dan puisi yang sesuai dengan usia remaja.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre fiksyen seperti novel, koleksi cerita-cerita pendek dan puisi dan genre bukan fiksyen seperti isu semasa, motivasi, agama, sejarah, politik, sains, sukan, travelog, biografi, autobiografi dan kesenian dalam Bahasa Inggeris.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre kanak-kanak seperti buku bergambar atau buku bukan bergambar yang sesuai untuk pembaca di peringkat umur 2 hingga 8 tahun dan genre remaja seperti novel, buku bukan fiksyen, himpunan cerita-cerita pendek dan puisi yang sesuai dengan usia remaja 8 hingga 18 tahun dalam Bahasa Inggeris.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre pendidikan sekolah seperti buku teks, buku aktiviti, buku latih tubi, buku penilaian dan buku rujukan untuk peringkat sekolah rendah dan menengah. Terbuka kepada Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Anugerah bagi buku-buku yang termasuk dalam genre pendidikan pengajian tinggi seperti buku teks, buku rujukan, jurnal-jurnal pendidikan. Terbuka kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Anugerah bagi kulit buku yang menekankan aspek kesan visual, kreativiti dan reka bentuk yang unik. Penerbit perlu memuat naik penerangan bertulis tidak lebih daripada 120 patah perkataan tentang idea di sebalik reka bentuk kulit buku tersebut. Terbuka kepada Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Anugerah untuk penerbitan yang berunsur visual seperti fotografi, ilustrasi ataupun grafik yang dominan untuk keseluruhan penerbitan. Biasanya penerbitan buku mewah menepati kriteria ini. Terbuka kepada Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Anugerah bagi buku-buku terjemahan daripada pelbagai bahasa kepada Bahasa Melayu dalam pelbagai genre yang sesuai.

Anugerah bagi semua buku yang tercalon dalam semua kategori dan undian boleh dibuat oleh pengguna yang berdaftar di portal e-Sentral.

Anugerah bagi buku-buku bahasa Cina dalam pelbagai genre.

Anugerah bagi buku-buku bahasa Tamil dalam pelbagai genre.