PERATURAN KELAYAKAN
Anugerah Buku Malaysia Ke-2
BUKU-BUKU YANG INGIN DICALONKAN HENDAKLAH MEMENUHI KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:
- Dicalonkan oleh syarikat penerbit.
- Diterbit dan dicetak di Malaysia oleh syarikat penerbit dan pencetak tempatan.
- Mempunyai International Standard Book Number (ISBN) atau International Standard Serial Number (ISSN).
- Diterbitkan dalam tempoh mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2021.
- Buku telah diserahkan ke Perpustakaan Negara Malaysia menurut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
- Karya asal dan ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa lain menurut setiap kategori anugerah yang dicalonkan.
- Belum pernah dicalonkan untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Buku Malaysia sebelum ini.
PENERBIT YANG INGIN MENCALONKAN BUKU TERBITANNYA HENDAKLAH MEMENUHI KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:
- Penerbit buku ialah satu entiti yang sah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkenaan di Malaysia sebelum tarikh penerbitan buku yang ingin dicalonkan dalam Anugerah Buku Malaysia.
- Untuk ahli-ahli MABOPA, boleh mencalonkan maksimum tiga judul buku bagi setiap kategori anugerah.
- Untuk penerbit-penerbit bukan ahli MABOPA, boleh juga mencalonkan maksimum tiga judul buku bagi setiap kategori anugerah.
PROSES PENYERTAAN ANUGERAH
- Isi borang penyertaan di sini: https://forms.gle/SrtPfrLMR1oRRRNdA
- Buat pembayaran Yuran Penyertaan. Yuran Penyertaan adalah:
● Ahli MABOPA – RM50 setiap judul dalam setiap kategori. Sekiranya ingin mencalonkan judul yang sama dalam kategori lain, bayaran RM50 juga dikenakan untuk setiap kategori
● Bukan Ahli – RM100 setiap judul dalam setiap kategori. Sekiranya ingin mencalonkan judul yang sama dalam kategori lain, bayaran RM100 juga dikenakan untuk setiap kategori. - MUAT NAIK salinan digital buku yang dicalonkan untuk setiap kategori ke laman web khusus Anugerah Buku Malaysia di e-Sentral di https://publisher.e-sentral.com/ mulai 7 Februari 2022 hingga 22 Mac 2022.
- Format yang diterima hanya sama ada dalam bentuk EPUB, DOC, DOCX, RTF, ODT dan PDF sahaja.
- Untuk proses penilaian, semua buku perlu diubah ke format EPUB. Ini dilakukan secara percuma oleh pihak e-Sentral daripada format-format yang dihantar oleh penerbit sekiranya penerbit membenarkan e-Sentral menjualkan e-book tersebut di platform e-Sentral. Penerbit akan dikenakan bayaran “conversion cost” sekiranya penerbit tidak membenarkan e-Sentral menjual e-book tersebut di platform e-Sentral ATAU proses penukaran format ini adalah lebih sukar daripada biasa, berdasarkan fail yang dihantar penerbit. Pihak e-Sentral akan menghubungi penerbit secara terus.
- Judul-judul yang sudah sedia ada di portal e-Sentral juga boleh dicalonkan untuk Anugerah Buku Malaysia Ke-2 ini, asalkan tarikh penerbitannya adalah dalam tempoh mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2021 dan belum pernah dicalonkan dalam Anugerah Buku Malaysia sebelum ini.
- Bagi Anugerah Kulit Buku Terbaik, penerbit hendaklah memuat naik salinan digital kulit buku dengan resolusi tinggi (maksimum 1MB /300 DPI) dalam format JPG, GIF, atau PNG, dengan saiz maksimum 1000 x 1000 pixel.
- Satu salinan buku fizikal untuk setiap buku yang dicalonkan wajib dihantar dan sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 31 Mac 2022 di alamat berikut:
Penganjur Anugerah Buku Malaysia Ke-2
Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA)
7-6, Blok E2, Jalan PJU 1/420A, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
TATACARA PEMILIHAN
PROSES PEMILIHAN
- Setiap buku yang dicalonkan untuk kesemua kategori Anugerah Buku Malaysia akan melalui dua proses pemilihan untuk memilih para pemenang, kecuali bagi kategori Anugerah Buku Popular.
- Kedua-dua proses pemilihan akan dilakukan secara eksklusif oleh ahli-ahli MABOPA yang masih sah pendaftarannya sahaja.
- Ahli-ahli MABOPA hanya boleh mengundi untuk judul-judul yang diterbitkan oleh penerbit lain dan bukan yang diterbitkan sendiri.
- Dalam pemilihan pertama, satu proses senarai pendek akan dilakukan berdasarkan maklumat yang dimuat naik ke platform e-Sentral untuk menentukan lima judul yang mendapat undian tertinggi bagi setiap kategori yang akan diumumkan sebagai finalis.
- Setiap ahli akan membuat satu pengundian bagi setiap kategori anugerah yang dipertandingkan.
- Dalam pemilihan kedua, kesemua judul finalis akan melalui proses penilaian akhir, di mana pemarkahan secara terperinci oleh ahli-ahli MABOPA akan menentukan pemenang bagi setiap kategori.
- Semakan terakhir dan pengesahan pemenang melalui portal undian akan dilakukan oleh Jawatankuasa Eksekutif MABOPA yang merupakan Jawatankuasa Anugerah Buku Malaysia.
- Para pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah Buku Malaysia Ke-2 yang akan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.
- Keputusan adalah muktamad.
JAWATANKUASA PENGURUSAN & OPERASI ANUGERAH
- Panel pengurusan Anugerah Buku Malaysia ialah MABOPA Events Sdn Bhd.
- Xentral Method dilantik sebagai pengendali portal bagi Anugerah Buku Malaysia
selama 5 tahun bermula dari tahun 2020. - Jawatankuasa Induk Anugerah Buku Malaysia ialah Jawatankuasa Eksekutif
MABOPA.