BUKU-BUKU YANG INGIN DICALONKAN HENDAKLAH MEMENUHI KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:
Dicalonkan oleh syarikat penerbit.
Diterbit dan dicetak di Malaysia oleh syarikat penerbit dan pencetak tempatan.
Mempunyai International Standard Book Number (ISBN) atau International Standard Serial Number (ISSN).
Diterbitkan dalam tempoh mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2021.
Buku telah diserahkan ke Perpustakaan Negara Malaysia menurut Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
Karya asal dan ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa lain menurut setiap kategori anugerah yang dicalonkan.
Belum pernah dicalonkan untuk mana-mana kategori dalam Anugerah Buku Malaysia sebelum ini.
PENERBIT YANG INGIN MENCALONKAN BUKU TERBITANNYA HENDAKLAH MEMENUHI KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:
Penerbit buku ialah satu entiti yang sah didaftarkan mengikut undang-undang yang berkenaan di Malaysia sebelum tarikh penerbitan buku yang ingin dicalonkan dalam Anugerah Buku Malaysia.
Untuk ahli-ahli MABOPA, boleh mencalonkan maksimum tiga judul buku bagi setiap kategori anugerah.
Untuk penerbit-penerbit bukan ahli MABOPA, boleh juga mencalonkan maksimum tiga judul buku bagi setiap kategori anugerah.
Buat pembayaran Yuran Penyertaan. Yuran Penyertaan adalah: ● Ahli MABOPA – RM50 setiap judul dalam setiap kategori. Sekiranya ingin mencalonkan judul yang sama dalam kategori lain, bayaran RM50 juga dikenakan untuk setiap kategori ● Bukan Ahli – RM100 setiap judul dalam setiap kategori. Sekiranya ingin mencalonkan judul yang sama dalam kategori lain, bayaran RM100 juga dikenakan untuk setiap kategori.
MUAT NAIK salinan digital buku yang dicalonkan untuk setiap kategori ke laman web khusus Anugerah Buku Malaysia di e-Sentral di https://publisher.e-sentral.com/ mulai 7 Februari 2022 hingga 22 Mac 2022.
Format yang diterima hanya sama ada dalam bentuk EPUB, DOC, DOCX, RTF, ODT dan PDF sahaja.
Untuk proses penilaian, semua buku perlu diubah ke format EPUB. Ini dilakukan secara percuma oleh pihak e-Sentral daripada format-format yang dihantar oleh penerbit sekiranya penerbit membenarkan e-Sentral menjualkan e-book tersebut di platform e-Sentral. Penerbit akan dikenakan bayaran “conversion cost” sekiranya penerbit tidak membenarkan e-Sentral menjual e-book tersebut di platform e-Sentral ATAU proses penukaran format ini adalah lebih sukar daripada biasa, berdasarkan fail yang dihantar penerbit. Pihak e-Sentral akan menghubungi penerbit secara terus.
Judul-judul yang sudah sedia ada di portal e-Sentral juga boleh dicalonkan untuk Anugerah Buku Malaysia Ke-2 ini, asalkan tarikh penerbitannya adalah dalam tempoh mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2021 dan belum pernah dicalonkan dalam Anugerah Buku Malaysia sebelum ini.
Bagi Anugerah Kulit Buku Terbaik, penerbit hendaklah memuat naik salinan digital kulit buku dengan resolusi tinggi (maksimum 1MB /300 DPI) dalam format JPG, GIF, atau PNG, dengan saiz maksimum 1000 x 1000 pixel.
Satu salinan buku fizikal untuk setiap buku yang dicalonkan wajib dihantar dan sampai kepada pihak penganjur sebelum atau pada 31 Mac 2022 di alamat berikut: Penganjur Anugerah Buku Malaysia Ke-2 Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) 7-6, Blok E2, Jalan PJU 1/420A, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
TATACARA PEMILIHAN
PROSES PEMILIHAN
Setiap buku yang dicalonkan untuk kesemua kategori Anugerah Buku Malaysia akan melalui dua proses pemilihan untuk memilih para pemenang, kecuali bagi kategori Anugerah Buku Popular.
Kedua-dua proses pemilihan akan dilakukan secara eksklusif oleh ahli-ahli MABOPA yang masih sah pendaftarannya sahaja.
Ahli-ahli MABOPA hanya boleh mengundi untuk judul-judul yang diterbitkan oleh penerbit lain dan bukan yang diterbitkan sendiri.
Dalam pemilihan pertama, satu proses senarai pendek akan dilakukan berdasarkan maklumat yang dimuat naik ke platform e-Sentral untuk menentukan lima judul yang mendapat undian tertinggi bagi setiap kategori yang akan diumumkan sebagai finalis.
Setiap ahli akan membuat satu pengundian bagi setiap kategori anugerah yang dipertandingkan.
Dalam pemilihan kedua, kesemua judul finalis akan melalui proses penilaian akhir, di mana pemarkahan secara terperinci oleh ahli-ahli MABOPA akan menentukan pemenang bagi setiap kategori.
Semakan terakhir dan pengesahan pemenang melalui portal undian akan dilakukan oleh Jawatankuasa Eksekutif MABOPA yang merupakan Jawatankuasa Anugerah Buku Malaysia.
Para pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah Buku Malaysia Ke-2 yang akan berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.
Keputusan adalah muktamad.
JAWATANKUASA PENGURUSAN & OPERASI ANUGERAH
Panel pengurusan Anugerah Buku Malaysia ialah MABOPA Events Sdn Bhd.
Xentral Method dilantik sebagai pengendali portal bagi Anugerah Buku Malaysia selama 5 tahun bermula dari tahun 2020.
Jawatankuasa Induk Anugerah Buku Malaysia ialah Jawatankuasa Eksekutif MABOPA.