Di bawah ini adalah pautan kepada borang-borang Google Form yang perlu digunakan untuk mengundi 5 finalis bagi setiap kategori Anugerah Buku Malaysia 2020 dalam SESI UNDIAN PERTAMA yang akan berakhir 28 Mac 2021, 11.59 malam.

Hanya ahli MABOPA yang sah keahliannya sehingga 31 Disember 2020 sahaja yang layak mengundi untuk anugerah tahun ini. Sila semak senarai ahli dan nombor ahli (sehingga 31 Disember 2020) di sini: https://anugerahbukumalaysia.com/senarai-terkini-ahli-ahli-mabopa/

Untuk setiap borang Google Form, isikan nombor ahli MABOPA anda dan pilih 5 judul daripada senarai yang diberikan untuk kategori tersebut. Boleh rujuk kepada pautan yang disediakan di dalam borang itu untuk melihat kulit buku dan sinopsis buku-buku tersebut.

Anda TIDAK BOLEH memilih judul-judul terbitan syarikat sendiri.

Sila klik pada setiap pautan UNDI di bawah untuk mengundi 5 JUDUL pilihan anda bagi setiap kategori.

Klik pada pautan RUJUKAN untuk melihat kulit buku, nama penerbit dan sinopsis buku-buku yang dicalonkan untuk kategori tersebut.

Sesi pengundian akan berakhir pada 28 Mac 2021, 11.59 malam.

Untuk Kategori 9 (Anugerah Buku Pemimpin Negara Semasa), hanya 1 judul sahaja yang menepati Peraturan Kelayakan Anugerah Buku Malaysia 2020.

Untuk Kategori 11 (Anugerah Buku Popular), pengundian adalah terbuka kepada orang ramai yang boleh mengundi di platform e-Sentral.

Untuk Kategori 14 (Anugerah Buku Bahasa Tamil), tiada buku yang menepati Peraturan Kelayakan Anugerah Buku Malaysia 2020.