TATACARA PENGADILAN

MUAT TURUN APLIKASI e-SENTRAL

  1. Log masuk ke Aplikasi e-Sentral dengan username: abmnominee dan password: abmnominee untuk melihat sendiri kandungan e-book buku-buku yang menjadi finalis Anugerah Buku Malaysia 2020.
  2. Untuk mendapatkan aplikasi e-Sentral di smartphone, tablet atau desktop anda, sila rujuk pautan berikut untuk memuat turun aplikasi ini:

Anda boleh rujuk senarai finalis bagi setiap kategori di sini: https://anugerahbukumalaysia.com/finalisabm2020/

BERIKAN MARKAH ANDA DI GOOGLE FORM

  1. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap kesemua e-book finalis itu, berikan markah bagi setiap finalis mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan, dengan menggunakan pautan borang-borang Google Form di bawah. Sila rujuk PANDUAN UMUM PEMERKAHAN di akhir muka surat ini.
  2. Anda TIDAK BOLEH membuat penilaian kepada judul-judul terbitan syarikat sendiri. Hanya berikan markah kepada judul-judul terbitan syarikat lain sahaja.
  3. Setelah anda berikan markah untuk satu finalis, tekan butang SUBMIT, dan pergi semula ke borang yang sama untuk berikan markah kepada finalis seterusnya dalam kategori yang sama. Lakukan proses yang sama untuk kesemua finalis.
  4. Pastikan anda memberi markah kepada KESEMUA finalis yang disenaraikan dalam “dropdown list” yang disediakan. 
Hanya ahli MABOPA yang sah keahliannya sehingga 31 Disember 2020 sahaja yang layak mengundi untuk anugerah tahun ini. Sila semak senarai ahli dan nombor ahli (sehingga 31 Disember 2020) di sini: https://anugerahbukumalaysia.com/senarai-terkini-ahli-ahli-mabopa/

Klik pada pautan Google Form berikut untuk memberikan markah kepada semua finalis dalam setiap kategori di bawah ini:

  1. Anugerah Buku Bukan Fiksyen https://forms.gle/i4VmTqux7meDf2cm7
  2. Anugerah Buku Bahasa Inggeris https://forms.gle/RxCxMzK1xopHGi6G7
  3. Anugerah Buku Terjemahan https://forms.gle/uFTYsqy4gtoUy8ke9
  4. Anugerah Buku Kanak-Kanak https://forms.gle/qxJ42jqgdVbpPkZu7
  5. Anugerah Buku Bahasa Cina https://forms.gle/5qdQbdoc2naxMrHJ6
  6. Anugerah Buku Buku Remaja https://forms.gle/PtN1P4LMemdEwH8J8
  7. Anugerah Visual Buku Terbaik https://forms.gle/2EkuNyMvf1nxqkQ88
  8. Anugerah Kulit Buku Terbaik https://forms.gle/bjfNdgFtWBRycFN18
  9. Anugerah Buku Pendidikan Tinggi https://forms.gle/LbCvyXigoY7yioPx9
  10. Anugerah Buku Pendidikan Sekolah https://forms.gle/3neKVNBF9HyAmu1x9
  11. Anugerah Buku Sastera https://forms.gle/pNPMjxNf332qman262

PANDUAN UMUM PEMARKAHAN UNTUK PERTIMBANGAN PANEL PENILAI

Judul Buku

  1. Asas penilaian ialah AIDA. Attract Attention, Create Interest, Develop Desire, Generate Action.
  2. Keseimbangan perspektif dengan visual pada kulit buku.
  3. Kesesuaian dengan unsur kognitif dan afektif sasaran kumpulan pembaca.
  4. Kesesuaian font dan saiz teks judul.
  5. Unsur menarik perhatian judul yang dipilih.

Kulit Buku

  1. Asas penilaian ialah AIDA. Attract Attention, Create Interest, Develop Desire, Generate
  2. Perspektif unsur utama, unsur latar dan unsur warna kulit buku.
  3. Keseimbangan antara unsur visual dengan unsur teks.
  4. Unsur menarik perhatian pada keseluruhan visual.
  5. Kesesuaian font dan saiz teks judul.

Fakta

  1. Kesahihan fakta, sokongan fakta dan unsur visual dan/atau grafik.
  2. Penerangan tentang sesuatu fakta.
  3. Unsur fakta dan pemaparan menurut sensitiviti kaum dan agama pembaca.
  4. Rujukan fakta (jika sesuai).

Gaya Bahasa dan Struktur Teks

  1. Kesesuaian gaya bahasa dengan aspek kognitif dan afektif kumpulan pembaca.
  2. Unsur kosa kata, kelancaran dan kefahaman membaca.
  3. Kesesuaian panjang pendek ayat.
  4. Kesesuaian penggunaan dan kejelasan istilah dan kosa kata yang digunakan.
  5. Kesahihan nahu bahasa dan tanda-tanda baca.

Konsistensi

  1. Asas konsistensi dari segi keseimbangan antara teks, ilustrasi, grafik, warna dan reka letak pada muka surat.
  2. Urutan konsistensi pada setiap muka surat.
  3. Kemantapan konsistensi gaya bahasa dan visual pada keseluruhan buku.

Unsur Visual (Ilustrasi, Fotografi, Gambar Rajah dan Grafik)

  1. Kesesuaian unsur visual dengan unsur kognitif dan afektif sasaran kumpulan pembaca.
  2. Unsur menarik perhatian pada keseluruhan visual.
  3. Reka letak antara unsur visual dan teks.
  4. Kesesuaian unsur warna pada setiap unsur visual.

Kreativiti

  1. Asas kreativiti ialah rangsangan kepada unsur kognitif, afektif dan spiritual pembaca.
  2. Unsur kreativiti pada isi kandungan teks.
  3. Unsur kreativiti pada visual dalam buku.
  4. Memaparkan olahan sesuatu yang baharu dan/atau adunan sesuatu yang sedia ada dalam bentuk yang baharu.

Keaslian

  1. Unsur utama keaslian ialah memaparkan olahan sesuatu yang baharu dan/atau adunan sesuatu yang sedia ada dalam bentuk yang baharu.
  2. Unsur plagiarisma akan memansuhkan kesahihan pencalonan. Ini bermakna pencalonan buku ditolak.

Kemasan/Finishing

  1. Perspektif keseluruhan unsur teks dan visual pada keseluruhan muka surat dan kulit buku.